Rasuah | Enam termasuk penjawat awam direman tujuh hari

2023-01-12 0

Enam inidividu termasuk lima penjawat awam direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM20,000 pada Khamis.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata, sogokan diberi supaya tidak mengambil tindakan ke atas anak individu yang disyaki melakukan kesalahan menyimpan kira kira 100 kotak minyak masak bersubsidi dipercayai untuk diseludup ke luar negara.